APA BEZA ANTARA DAI'E DAN ARTIS KOREA

Sebelum ni saya ada tulis sal artikel beza Muslimah ngan Princess Dongeng maka ini klise nya bagi lelaki. Sebab kenapa..? Sebab zaman sekarang perempuan ramai yang dok gila layan Korea sampai lebam. Sebelum tu izinkan saya mendefininasikan apa itu artis korea dan apa itu dai'e.


Dai'e : Muslim yang menyebarkan dakwah dan risalah Rasulullah yang melakukan Amar Ma'ruf nahi Munkar.


Artis Korea : Artis dari korea lah. Apa lagi..? Korang pernah dengar K-Pop..? (Korea Pop) mereka lah yang taikonya..



Mari kita tengok 5 perbezaan ketara antara Dai'e dan artis Korea


1. Artis Korea mengalunkan lagu-lagu Korea untuk kekal mashyur dan diundi di dalam carta




True Story, kerana mana mungkin mereka bersusah payah, berlatih menari, menyanyi, dan semua usaha gigih mereka. Kerana apa..? Kerana itu sahaja jalan kemasyuran mereka. Zaman sekarang perlukan hiburan. maka 'tenaga' seperti mereka amat-amat lah diperlukan remaja,


TETAPI..




Seorang Dai'e sntiasa mengalunkan zikir-zikir, kalimah-kalimah Allah, seruan-seruan kepada yang Ma'ruf. Lidah mereka sentiasa basah dengan zikrullah dan kebaikan, suara merekalah juga yang dilaungkan untuk menyeru manusia-manusia berkunjung ke rumah Allah, bah kan suara mereka lah juga yang mengalunkan kalimah-kalimah suci Al-Quran didalam solat. Suara mereka juga suara emas bukan..? :)




2. Pelakon Korea menjerat hati-hati wanita




Dan sudah tentu, pelakon-pelakon Korea sentiasa akan dipilih yang kacak-kacak belaka, dan melakonkan watak-watak yang macho belaka, gentleman, setia dan BOYFRIEND no. 1 dalam carta. Dan saya ingin katakan, lelaki se'perfect' watak pelakon korea tak wujud. Yang wujud cuma lah suami soleh yang beriman, yang penting imannnya boleh membimbingmu ke syurga.. Sememangnya, arena seni Korea terpaksa mengacu watak itu mnjadi sebegitu sebagai pemanis cerita. So girls, jangan frust k..?


TETAPI..




Sudah tentu para Da'ie itu menjerat hati-hati mereka yang lalai kembali semula kepada Allah Taala. Setiap kata-katanya adalah semangat, peringatan dan memuhasabahkan. Cuba anda bandingkan cerita cinta Korea dengan program 'Law kana bainana' mana lagi menyentap hati..? Kalau anda kata cerita korea, ia hanya menyentuh soal cintan cintun, tapi percayalah, jika hidayah anda perolehi, maka ia menyentuh seluruh nurani anda. Kerana Cinta Rabb-mu, lebih besar dari itu :)




3. Artis korea menjadi 'gentleman' dalam percintaan



Sudah tentu lah ~ director yang suruh, dah namanya berlakon. Kalo tak romantik sapa nak tengok kan..? Maka akan adalah adegan yang sweet gila. Yang lelakinya macho gila.. Yang perempuan pun leh jadi GILA bila tengok scenes sentimental macam ni. Watak yang cukup-cukup sempurna jika dijadikan prince charming. Absolutely. True Story..!


TETAPI..



Lebih berganda-ganda lah gentleman seorang Dai'e itu kerana dia akan cuba mnjadi imam yang terbaik dalam rumah tangga, contoh terbaik terhadap anak-anaknya,terhadap Mad'u nya dan cuba mnjadi 'Gentleman' dalam perjuangan agamanya.




4. Artis Korea terima awards dari banyak tajaan




Sudah tentu ditaja. Bila sudah bergelumang dengan kemasyukran dan jutaan peminat dari serata dunia sudah tentu ramai yang ingin menaja. Banyak lah sesi award mengaward dan pada merka, disitulah pengukur titik kejayaan mereka di area K-Pop segalanya ditentukan dengan carta, anugerah itu, anugerah ini..


TETAPI..




Dai'e tidak pernah dikurniakan award dari manusia, cukuplah award dari Allah yang menjadi pengharapannya,. makanya seorang Dai'e sejati xkan mudah merasa lelah, bosan, dan putus asa. baginya perjuangan dakwah adalah suatu kecintaan. bukan untuk meraih pujian manusia, tetapi Rahmat dari Allah semata.




5. Rakyat malaysia yang berangan jadi artis korea mesti kena kutuk




Jangan saman saya ok, saya tak kutuk. saya cakap je. True Story. Bila ramai yang try wat gaya ala-ala korea, mesti kena kutuk. Pompuan buat gaya comel macam pompuan korea, komfom kena cakap gedik. Lelaki yang nak pakai style korea..? Mesti kena cakap pengaruh timur bukan..? Terutamanya bila muncul kontroversi group yang nak buat M-Pop (Malaysia Pop) kazen kepada K-Pop (Korea Pop). Ye lah, nak seiring dengan irama k-pop yang hot, bawak skali masuk industri seni Malaysia ni. kot-kot lah leh kalahkan team girls generation.makin banyak lah yang mengutuk. seriously, tak elok korang kutuk lebih walaupun doang sexy. Dioang Islam, korang pun Islam. baik Muhasabah diri sendiri. :)


TETAPI..




Menjadi Dai'e mungkin anda dikutuk, dihina malah dihentam sekalipun, tetap rasa manisnya berjuang, kerana seorang Dai'e akan cuba mnjadi da'ie di dalam hatinya. Rasa pahit dalam berjuang, tetapi manisnya Di beri ganjaran di akhirat nanti.


Betapa manisnya menjadi seorang Dai'e,


walau tidak dihujani populariti,


Tetap dihujani rahmat ilahi,


Walau tidak diberi ganjaran.


Tetap berjuang penuh keikhlasan..


Walau tidak menempa nama,


Cukuplah dengan ganjaranNya semata..


Indahnya hidup menjadi Da'ie..!!


Mari usaha dari sekarang untuk menjadi dai'e di dalam setiap hati masing-masing..!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

FACEBOOK OH FACEBOOK

Facebook oh Facebook..
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.


Facebook oh Facebook,
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.


Facebook oh Facebook.
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.


Facebook oh Facebook..
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.








Facebook oh Facebook..
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.



Facebook oh facebook..
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
"Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah"
"Oh, aku sangat rindukan si Milah"
"Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah"
"Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah"
"Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah"
"Cit, kucing tu berak lagi. aArghhh..!"
"Best, hari ni RM50 aku sedekah"
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.




Facebook oh Facebook..
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.



Facebook oh Facebook.
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.


Facebook oh Facebook.
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook..?


Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook..?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, 
Minum: Facebook, 
Bermain : Facebook, 
Berjalan: Facebook.
Facebook.. Facebook.. Facebook..!


Facebook oh Facebook..
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT

Antara kaedah nak faham Allah itu wujud tidak bertempat dengan guna kaedah Alam. Alam maksudnya selain daripada Allah, itu semuanya alam. Malaikat, syurga, neraka, manusia dan lain-lain lagi semuanya ALAM.


Untuk menjadi ALAM kena kepada 2 :-

  1. Arodh

  2. Jirim (fokuskan bahagian jirim)



Jirim pula kena kepada 3 :-

  1. Menerima arodh

  2. BERTEMPAT

  3. Baharu 


Maka dapat kita faham, jika puak-puak Wahabi kata Allah itu wujud di atas Arasy. Allah itu bertempat. Maka secara dia tidak sedar, dia telah mengatakan bahawa Allah itu Alam..! Kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Allah itu bersifat dengan Mukholafatuhu ta'ala lilhawadis (Bersalahan Allah ta'ala itu dengan segala yang baharu)


Manusia wujud bertempat. Allah wujud TIDAK bertempat (Misbahul Munir) Itu aqidah kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Pegang bagi molek-molek. Gigitlah aqidah ahlus sunnah wal jamaah dengan gigi gerahammu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BOLEH KE TENGOK CERAMAH DALAM YOUTUBE..?

Ada di antara kita pendakwah keyboard atau pun bukan dia kadang-kadang buat silap.. Biasalah manusia tak lepas daripada 2 :-

  1. Lupa

  2. Silap


Kita bukan maksum macam para Nabi dan Rasul.


Kita juga bukan mahfuz macam para sahabat radhiAllahu anhum.


Jadi kita mesti dan mesti melakukan kesilapan dan tak akan terlepas daripada 4 waktu


Antara waktu yang tak terlepas adalah waktu maksiat.. Maka hak (kewajipan) ubudiyyah (kehambaan) adalah dengan istighfar..


Jadi bila kita buat salah, maka perlu kita istingfar (Ini juga akan disoal oleh Allah di akhirat kelak)


Jadi bila kita sampaikan maklumat, ada yang nasihat, benda yang kita sampaikan itu salah, maka dengan sombongnya kita pegi kat youtube, cari kuliah orang-orang terkenal antaranya :-



Ustaz Azhar Idrus (misalannya)

Kita yang jahil lagi murakkab ni pun dengar ceramah UAI.. Lepas dengar ceramah UAI (yang selalunya beberapa minit jer dan ada jugak yang hanya beberapa saat) terus kita ambik video itu untuk dijadikan hujah kita..


Padahal kaedah untuk faham ibarat langsung kita tatau.. Tapi, terus nak amik jadikan dalil untuk kita berhujjah..


Sebenarnya UAI cakap tu betul, kamu tu yang tak faham sebenarnya.. Lepas tu kita terus sebarkan, padahal kita dalam kebathilan, padahal kita tak faham pun sebenarnya..


Sebab tu la, kalau ada kuliah walaupun kuliah di surau-surau, di masjid-masjid jangan perlekeh.. WAJIB pergi kuliah tersebut, WAJIB berjalan kaki jika kuliah tu kuliah fardhu ain.. Ini tak, lepas maghrib doa pun tak sempat nak habes, dah bangun..


Nak mudah je bukak kuliah UAI yang beberapa saat tu, lepas tu faham sendiri-sendiri.. Kalau kita faham tu, faham yang betul nasib la.. Kalau cara faham yang salah..? Sesat habis.. Maka sebab tu dinaqalkan sebuah hadis dalam Kitab Ta'lim Muta'allim Toriqu Ta'lim (Pelita Penuntut) karangan Syeikh Zarnuji..

"Bermula menuntut ilmu itu WAJIB atas tiap-tiap laki-laki yang Islam dan perempuan yang Islam"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PELAYARAN SECEBIS HARAPAN

Bismillahirrahmanirrahim


Selalunya manusia cenderung untuk selalu share dengan orang yang disekeliling mereka sesuatu apa yang dia suka, cinta, minat & sayang.

Ada orang gilakan biru. Habis semua shampoo, peti ais, botol pencuci muka, atap rumah warna biru.

Ada orang cintakan rumput. Habis keliling laman rumah dia berumput hijau sikit pun tak bersimen.

Ada orang suka ikan. Setiap hari, minggu, bulan, tahun & seumur hidup dia tiada lauk lain melainkan hanyalah ikan.

Ada orang minat harimau. Tudung, carpet, langsir, beg tangan, cadar tilam semuanya original dari kulit harimau.

Betul kan? Bukan tu je. Percayalah. Dia akan selalu juga mengaitkan sesuatu yang dia sukai, cintai, minati & sayangi dalam kehidupan sehariannya.

Kita mengaku kita cintakan Allah, Rasulullah.

Tapi kita ada selalu kaitkan apa yang kita lakukan dengan Dia & kekasih-Nya? Sobs sobs sobs

Allah selalu beri apa yang aku minta.
Aku minta bukan sahaja setiap kali selepas solat malah setiap masa.
Kerja sekolah tak siap, aku berdoa moga cikgu tak masuk.
Baju kurung aku hilang, aku berdoa moga hati ibu dilembutkan.
Tak kira masa, tempat & keadaan aku berdoa.
Semua benda aku nak.
Tamak kan?

Tetapi kita sepatutnya bersyukur.
Hanya Islam..
Hanya dalam Islam Allah mengasihi hamba-Nya yang selalu meminta dalam doanya dalam keadaan merendah diri.
Sikit pun Allah tak rasa benci atau annoying bila kita asyik berdoa.
Malah Allah makin sayang! :'(

Bukan itu je, apa yang aku tak minta pun Allah bagi juga. Banyak sangat.
Sampaikan tak termampu nak kira. Malunya.
Dah buat dosa pun, Allah bagi juga aku rezeki yang tak pernah putus dengan bekalan makan setiap hari walaupun hanya sebungkus oat :'(

Jadi takkan bila, Allah uji sikit, Allah ambil sikit, Allah sentuh sikit, kita nak putus asa?

Lagipun itu bukan hak kita. Itukan milik Allah.
Segalanya.
Semuanya.
Sedangkan kita ini sepenuhnya milik Dia.
Kita mana ada apa-apa.
Tiada manusia yang tidak pernah teruji.

Hidup ini memang ujian.
Kita hidup memang untuk diuji.
Diuji sama ada beriman atau tidak.
Nampak luaran sepertinya dia sudah sempurna.
Tetapi siapa tahu dia sedang bertarung dengan ujian yang kita sendiri tidak pernah sangka?

Alhamdullillah atas nikmat-Nya untuk kita terus bersyukur.
Alhamdulillah atas ujian-Nya untuk kita terus mensyukuri & menghargai.

Allah berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi & petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu & para malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman."

[Al-Ahzab, 33: 41-43]

Kalau benar kita cintakan sesuatu, buktikan.
Cinta tanpa membuktikannya is nothing. Kalau benar kita cintakan Allah & Rasulullah, buktikan. 
Ya, buktikannya agar kehidupan lebih terarah.

Moga Allah redha tiap langkah, keputusan yang kita ambil.



Layar Keinsafan

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal & layar terkapar


Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan


Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh

KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi


PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu


Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

By : Mestica




Trials will drive us to Allah or away from Allah.

The choice is ours.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja.. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

JOM UBAH



Kini manusia lebih sukakan ketenangan yang sementara berbanding ketenangan yang hakiki. Tak percaya..?


Buktinya, kita lebih cenderung untuk meluahkan rasa kecewa, marah, benci, simpati di dunia laman sesawang. Aktiviti dan diari harian di'update' buat 'rujukan rakan taulan. Kemesraan pasangan suami isteri menjadi tatapan dunia tanpa sempadan dan tiada lagi privacy untuk diri sendiri.


Pangg..!!!


Kadangkala ada baiknya lempang diri sendiri dulu sebelum menasihati orang lain.. Tak salah untuk berkongsi sesuatu buat sahabat handai, minta pandangan, semangat, motivasi, tunjuk ajar, kata dorongan dan inspirasi. Tetapi adakalanya, sesuatu yang tidak perlu pun kita 'terkongsi'


Allah sorokkan aib kita. Allah tak hebahkan pun dosa kita pada kawan-kawan kita yang lain. Takkan kita sukarela buka aib kita sendiri..? Kita post sambil marah-marah. Keluar perkataan yang tak sepatutnya. Nak jadikan cerita, kawan kita yang tak bersalah pun ikut terasa. Kawan kita yang lain, mengapi-apikan lagi. Dia campak bertong-tong minyak tanah atas api kemarahan kita. Bertambah-tambah marak


Selesai ke..?


Ada baiknya ambil wudu' mohon dengan Allah moga dipadamkan sifat kemarahan kita itu kerana itu sifat syaitan.. Sifat api. Wajah paling tak handsome dan paling tak jelita adalah ketika mana seseorang itu sedang mengamuk-ngamuk


Jom sama-sama lepas ni kita mohon dengan Allah.


Allah pemberi ketenangan hakiki. Bukan manusia. Manusia tiada apa. Tetapi Allah ada segala-galanya.


Percayalah, berbaik sangkalah dengan Allah. Allah sentiasa ada dengan kita tetapi kita yang selalu tiada masa buat-Nya kerana sibuk dengan urusan dunia. Sobs..


Sekali lagi, mintalah dengan Allah. Allah tak marah. Allah lagi suka dengar rintihan kita. Allah lagi suka dengar tangisan kita. Allah lagi suka dengar permintaan kita. Allah lagi suka dengar rengekan kita. Mintalah padaNya. Ketenangan hakiki bakal kita temui. Percayalah sahabat-sahabat saya.





Kita mohon dengan Allah, confirm dapat..! Cuma caranya berbeza. Berdoa jangan ditanya pada Allah bila nak kabulkan. Itu gelojoh namanya :D


Minta maaf andai ada kata-kata yang tak sepatutnya telah saya gunakan. Niat saya hanya satu. Sama-sama kita berubah sebelum Allah tutup pintu kesempatan buat kita. Yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, cacat dan kurang itu disandarkan atas diri saya sendiri. Moga yang sikit ini memberi manfaat yang besar buat kita semua. Insya Allah. Amiin


PS : Nampak saya buat salah, jangan lupa tegur tau..! Terima kasih daun kesum..! :D


Yang Benar,
Insan berdosa yang banyak cakap

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

PENGUBAT JIWA

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yang telah pun terbuka untuk kita..


Teman yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai..


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "ianya" hadir. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 



Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang..



Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar. 



Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yang kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.



Semoga kamu memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kamu kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kamu bahagia.



Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba, hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.



Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. 
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja.. Meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan.



Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.



Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai. 
Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah.


Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. Usah mendambakan teman secantik Balqis, andai dirimu tidak seindah Sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan Yusof, andai dirimu tidak setulus Zulaikha. Tak perlu mencari seistimewa Khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW.



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.




Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya.. Kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita.



Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.


Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TALI PENYELAMAT

Salam dakwah. Salam ukhuwwah.


Semoga hari ini anda sihat dan kuat untuk beribadah kepadaNya.



Semalam, seorang ukhti menyambung lagi perjalanan kami dalam menuju jalan untuk menyelamatkan kami semua dari bahang api neraka. Untuk lebih memahami erti perjalanan dakwah yang sedang kami lalui ini. Semua muslim dan mukmin mempunyai hadaf yang sama dalam tujuan hidup mereka. Mahukan redha Allah, mahu menjadi penghuni syurga dan mahu terselamat dari api neraka.


Dan ini semua menjadi asbab untuk kita mendapat a'fwu dan maghfirah dariNya. Namun begitu, apakah kita telah mengetahui jalan yang sebenarnya untuk kita menjauhi api neraka..?


Meskipun kebanyakannya telah mengetahui jalan ini, namun mereka terkadang terhenti di tengah jalan, malah lebih menyayat hati, tidak lagi mampu untuk meneruskannya lagi. Hanya sekadar tahu, tidak cukup untuk kita mencapai hadaf kita. Peka terhadap segala mihnah yang datang, dan mendapat pertolongan Allah sebelum meneruskan perjalanan yang panjang ini merupakan antara cara untuk lebih istimrar dan menyempurnakan perjalanan ini.


Ini jalan ke arah kebenaran, jalan menuju hidayahNya, jalan yang mustaqim. Namun dalam perjalanan ini, pada permulaannya ramai orang yang menyertai, tetapi pada akhirnya, bilangan yang didapati hanya boleh dibilang jari.


Mungkin sewaktu berlari ke arah jalan ini, ada yang disekat kejahilan lama, ada yang tergoda dek nafsu sendiri, atau yang sengaja berhenti kerana merasakan jalan ini terlalu sukar, atau ada yang terlalu terhibur melihat nikmat dunia.


Larian yang kita lakukan di atas jalan yang kita pilih ini, mesti kita teruskan meskipun nyawa dan harta kita habis kita gadaikan. Larian ini mesti kita teruskan kerana kita tahu selagi hadaf tidak tercapai, tidak mungkin kita akan dapat mencium bau syurganya, apatah lagi memasukinya. Larian ini bukan berganti-ganti, kita tidak boleh menyerahkannya kepada orang lain begitu sahaja selagi kudrat masih ada dalam diri dan selagi amanat belum terpatri.


Larian ini bukan singkat, malah jauh lagi, setinggi langit jauhnya, seluas alam panjangnya. Larian ini bukan sekejap, lamanya larian ini sepanjang nyawa yang berada dalam diri. Selagi nyawa tidak lagi utusan Allah Malaikat Izrail mencabutnya, selagi itu akan kita harungi jalan ini. Malah, hembusan nafas terakhir mahu ku hembuskan pada jalan ini..!


Ada satu ungkapan syair arab yang sangat puitis bahasanya,


Wahai jiwa, telah datang seruan kepadamu,

Seruan ini adalah seruan kebenaran, yang diseru kepadamu,

Berapa banyak telah seruan yang sampai kepadamu, tetapi kau menolak,

Malah, kau sahut seruan kejahilan ketika seruan kebenaran sampai kepadamu.


Credit to : Dr. Magdy Al Helaly (Minta para pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepadanya)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

YAKINLAH DENGAN JODOH DARI ALLAH

Entry kali ini saya ingin berkongsi kan serba sedikit mngenai jodoh, selalunya apabila pasangan lelaki dan perempuan bercinta, pasti mengharapkan hubungan yang dibina akan kekal dan sampai ke jinjang pelamin. Namun, bagaimana pula seandainya hubungan yang dibina tidak berkekalan, usah bersedih, yakinlah dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.


Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita. Percaya atau tidak, sebenarnya jodoh yang kita cari berada berdekatan dengan kita. Kita mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tau satu hari nanti kita akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan kita. Bahkan kita akan jatuh cinta dengan seseorang yang kita kenal suatu masa dahulu. Tak sangka kan..? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh-jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita kita.



Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh kita adalah daripada kenalan kita suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara kita yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk kita tetap juga sampai nanti.




Sebenarnya jika kita perhatikan betul-betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ini. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu suah ditakdirkan untuk menjadi pasangan kita, ia tetap menjadi milik kita. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.


Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi, Baiklah, sekarang adalah situasi di mana kita sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Kita sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama-sama. Tidak dinafikan pasti wujud konflik di saat ini kan..? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang akan datang untuk menguji cinta kita kan..? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidak percayaan mula timbul dan mengeruhkan hubungan kita. Di sinilah sebenarnya kita kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat berputus asa.



Okay, jika kita berdua berjaya mengaharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk kita. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah-olah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Kita pula dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal trjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan kita berdua kembali seperti dulu lagi. Malah, mungkin semakin memahami dan bahagia.


Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan kita rasa putus asa, Allah akan tunjukkn kita jalan untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh kita kuat bersama si dia. InsyaAllah, banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa-apa pun ia bergantung pada sikap kita sendiri. Jika kita jenis yang cepat putus asa dan mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh..?


Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita, ia pasti milik kita..! Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah lama berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin..! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita. Mungkin Allah mahu kita berpisah untuk memperbaiki diri masing-masing dang menguji rasa cinta antara kita. Hakikat ayat ini, "Kalau dah jodoh, ia tetap jodoh" sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh kita bukan bersama seseorang yang kita cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.


Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk kita. Tidak mudah untuk kita perlu menjadi seorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh kita, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan kita. Tetapi, jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik kita. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah, Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba-Nya.


Mintalah kepadaNya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah Solat Istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu kita dalam membuat keputusan. Jika kita dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk kita, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang kita rasa sekarang adalah bayaran untuk kita di masa akan datang nanti, insyaAllah.



Jangan serahkan pada takdir semata-mata. Soal jodoh memang milik Allah, tetapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata, jodoh tidak perlu dicari, tetapi ia akan datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana..? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki atau perempuan, asalkan kita tahu batas-batasnya dan luaskanlah pandangan terhadap kehidupan.


Jangan kurung diri kita daripada cinta kerana beranggapan jodoh kita sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan kita tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil kita akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamal sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin kita adalah seorang lelaki yang meminati seorang gadis dalam diam. Kita mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang kita perlu lakukan..? Duduk diam..? Salah tu. 



Sekurang-kurangnya, kita harus mencuba. Belum cuba, bekum tahu kan..? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersamanya selama-lamanya..!


Jadi, jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini. insyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal-awal dah putus asa.



Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta itu, jagalah elok-elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekali pun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga kita.


Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk kita. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi kita dah dapat, kenapa nak sia-siakan..? Jaga hubungan elok-elok. Hargai apa yang kita ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir memanglah takdir, tapi usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah.. :)

Sebab itulah kita jangan mudah berputus asa dalam percintaan. Kekecewaan dan kesedihan adalah lumrah dalam kehidupan. Jangan sesekali menyeksa diri sendiri kerana gagal dalam percintaan. Jadilah seorang manusia yang ada pegangan. Ingat, JODOH ITU RAHSIA ALLAH, kita sebagai manusia hanya perlu berusaha..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MUHASABAH PEJUANG



Terkesan dengan ayat di atas. Rasa macam kena berdas-das meriam menembak ruang jiwa saya yang kononnya mengaku pejuang agamaNya. Takut satu hari nanti, kalah memperjuangkan agama sendiri kerana dosa yang terlalu banyak pada diri, bukan kerana kelemahan strategi perjuangan.



Kekalahan yang diberikanNya kerana mempunyai jiwa pejuang yang tidak suci dan haprak..! Seru itu dan ini, pelbagai benda didakwahkan, namun terlupa akan diri sendiri. Ingin saya mengimbas kembali tentang Perang Badar.



Tentera Muslimin yang hanya seramai 313 orang, namun mereka berjaya melawan 1000 tentera Musyrikin Mekah. Jika difikirkan secara logik, orang Islam memang tidak akan menang. Tentera yang sedikit dan peralatan untuk berperang yang tidak mencukupi seperti tentera lawan.



Namun, mereka berperang dengan menggunakan kekentalan iman yang berada dalam jiwa-jiwa mereka. Dan kerana iman yang berharga itulah, Allah mengurniakan bantuan para Malaikat dan kemenangan kepada tentera muslimin.



Tentera Muslimin bukan sekadar mempertaruhkan nyawa, tetapi juga iman mereka dan semangat mereka untuk berjihad..! Bila iman yang menjadi pertaruhan, hanya Allah yang tahu betapa kuatnya seorang pejuang.



Pada saya, jika dibandingkan antara kuasa iman dan keinginan untuk mendapatkan syahid, itu lebih tinggi daripada berapa ramai atau secanggih manapun alatan perang. Kekuatan yang datang dari Allah itu lebih berharga..! Kekuatan yang datang dari yang Maha Kuasa..!



Agaknya inilah kekuatan pejuang-pejuang kita di Palestin sana, walaupun kanak-kanak hanya berbekalkan batu, namun jiwa berbekalkan satu senjata yang amat padu. Iman mereka..! Semangat mereka untuk berjihad..! Meskipun sehingga sekarang tidak mengecapi kemenangan untuk mengambil semula tanah tercinta mereka, insyaAllah kemenangan itu akan pasti menjelang juga waktunya.


Allah masih ingin memberi peluang kepada mereka di sana untuk merebutkan gelaran syuhada'. Allah ingin memberikan peluang kepada mereka untuk mengumpul sebanyak pahala yang mungkin. Malang sekali bagi kita, peluang itu seakan-akan tidak pernah datang menjengah. Mungkin kerana kita tidak mengikhlaskan diri kita untuk menjadi pejuang agamaNya seikhlas yang mungkin.


Kata-kata di atas merupakan antara seruan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dalam surat beliau menjelang Perang Yarmouk

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

ELAK IKHTILAT

Bila kita tengah chatting ke, atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki / perempuan yang sweet talker dan berani untuk bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet talkers ini dia tak cakap direct. Untuk tackle seseorang, dia mesti ada mukaddimah dan beberapa ayat untuk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.. Kat bawah ni ada idea, bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat..


Soalan 1st : Hai, apa khabar..?
Jawapan 1 : Sihat je.. Awak..?
Jawapan 2 : Aku ada kanser pangkal rahim (sound mcm teruk je.. Nauzubillahimindzalik) Boleh kau bayarkan kos tak..?
Jawapan 3 : Khabar pun tak tau..? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni..
Jawapan 4 : Alhamdulillah.. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk.. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya ni..


Soalan 2nd : Awak buat apa tu..? Busy ke..? Sori ye ganggu..
Jawapan 1 : Eh,taklah.. Saya tengah upload gambar je.. Tak busy pun.. Awak buat apa tu..?
Jawapan 2 : Aku busy gila ni.. Kau ni penyibuk la..
Jawapan 3 : Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit..
Jawapan 4 : Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga ikhtilat (pergaulan) sesama muslimin dan muslimat’. Lepas baca, saya menjadi semakin insaf.. Awak pun kena baca sekali tau.. Nah URL dia.



Soalan : Awak, nak nombor telefon boleh..?
Jawapan 1 : Boleh, nah, 0123456789. Nombor awak berapa..?
Jawapan 2 : Tak boleh.. Ni nombor saya.. Bukan nombor awak..
Jawapan 3 : Maaflah awak.. Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4 : Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardhu-5 kali sehari. Kau mampu..? Kalau tak mampu, tak payah ada nombor telefon aku ok.



Soalan 3rd : Awak, saya nak kawan boleh..?
Jawapan 1 : Boleh saja.. Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2 : Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3 : Memang kita dah kawan kan..? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4 : Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi, dalam Islam,kita ada batasan untuk berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya, tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.


Soalan 4th : Awak, awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok..?
Jawapan 1 : Yeke..? Ee.. Mana adalah.. Saya tak cantik pun.. ~
Jawapan 2 : Eh, mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik..?
Jawapan 3 : Kesian. Mak kau buruk ye..?
Jawapan 4 : Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta, semuanya cantik. Allah itu Maha Cantik. Lalu, Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah, Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah..!


Soalan 5th : Awak,awak asal mana..? Duduk kat mana..?
Jawapan 1 : Saya tinggal kat Seremban je.. Area Jusco.. Awak duduk mana..?
Jawapan 2 : Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah..! Takkan duduk kat awan..!(Errrkkk.. Kalau boleh elakkan pakai bangang..)
Jawapan 3 : Kenapa nak tau..? Nak rompak ke..?
Jawapan 4 : Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni, awak boleh pergi ke alam lain.


Soalan 6th : Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke..?
Jawapan 1 : Eh..? Ada ya..? Hhihihii.. Saya pun tak ingatlah.. Mesti kita jumpa kat kem ke, pertandingan sekolah lama ke kan..?
Jawapan 2 : Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3 : Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu..?
Jawapan 4 : Ya, kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untuk masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.



Soalan 7th : Awak, saya nak gambar awak boleh..?
Jawapan 1 : Hehehe.. Nak gambar tu buat apa..?
Jawapan 2 : Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3 : Kau nak buatkan passport untuk aku ya..?
Jawapan 4 : Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah, jumpa dengan mak ayah saya, pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.


Soalan 8th : Awak, jom keluar nak..?
Jawapan 1 : Urm.. Bila..?
Jawapan 2 : Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.
Jawapan 3 : Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang $^*^%# aku, baik tak payah lah ajak aku keluar..!
Jawapan 4 : Saya tak kisah, tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti, awak tak boleh dekat dengan saya, awak tak boleh berdua-duaan dengan saya, dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak, ayah dan adik beradik saya ikut sama.


Soalan 9th : Awak, saya single lagi. Awak pun single kan..? Jadi, urm..
Jawapan 1 : Saya single jugak.. Jadi apa ye awak..? Hehehe.. Pelik tiba tiba awak tanya ni..
Jawapan 2 : Padan muka kau..! Hahahahahaha..!!!
Jawapan 3 : Tu lah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4 : Bukankah Allah ada bersama awak..? Allah ada bersama saya. Awak nak couple dengan saya, adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya..? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya, maka saya tak boleh terima ajakan couple awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.


Konklusinya, jaga lah ikhtilat (pergaulan) anda. Hope dapat membantu member-memberku yang susah sangat nak lari daripada godaan-godaan dunia. Yang pasti terpulang kepada kita untuk menjadi seorang yang kuat / lemah untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Berkawan tak salah, asalkan kita tahu batas pergaulan. Gunakan laman sosial sebaiknya. Sekian :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

KHAS UNTUK SESEORANG

Entry ini khas buat seseorang yang tak perlu saya beritahu siapakah namanya.. Saya pasti bila dia terbaca entry ini, dia tahu ini buat dirinya.. Jagalah diri itu sebaiknya seperti mana diri ini menjaga diri sebaiknya KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA..


Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan..


Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu..


Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu..


Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu..


Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu..


Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya..


Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu..


Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu..


Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu..?


MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,


"Kau adalah kawan karibku."


"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu.."


"Kau dah seperti abang kandungku.."


"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit.."


"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu.."


"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri.."


"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu.."


"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain.."


TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU..?


Andai seorang perempuan itu datang..


Dan hanya dirimu pengawal gelanggang..


BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR..


GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR..


TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL..!!!


Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,


Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,


Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda percuma,


Lelaki yang punya jati diri menegur kerana TIDAK MAHU ISTERINYA NANTI MENJADI BEKAS-BEKAS LELAKI,


Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,


Andai seorang perempuan itu datang..


Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang..


Andai seorang perempuan itu datang..


JAGA DIRIMU..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

MEMBANGKITKAN KEBERANIAN

Ramai orang yang berasa lemah ketika menahan diri dalam menahan panahan asmara. Sifat lemah itu hadir kerana keterbatasan yang diciptakan dalam dirinya sendiri.

Persoalan yang mungkin lebih tepat adalah bagaimana mengumpulkan keberanian ketika penantian. Jika si wanita menunggu sahaja, boleh jadi wajar kerana dia hanya wanita yang banyak kelemahan. Mahu ke hadapan takut, mahu mundur lagilah takut. Bagi wanita, menunggu adalah sesuatu yang diutamakan kerana dengan menunggu akan memudahkan dia menerima seseorang yang sudah menjadi ketentuannya.

Tetapi apabila lelak berada di tempat wanita dan menunggu seperti wanita, situasi ini perlu diubah. Lelaki sifatnya seperti berburu. Lelaki perlu aktif untuk dapatkan apa yang diinginkan dan bukan semata-mata menunggu ehadiran wanita yang dipuja.

Segala usaha untuk menantikan wanita idaman dilakukan dengan sepenuh tawakkal kepada Allah dan memperbaiki diri adalah suatu pilihan yang betul.

Memperbaiki diri dalam banyak perkara terutama soal agama dan ketakwaan kita kepada Allah. Plaing utama solat diperbaiki dengan baik. Bacaan dan gerakan dalam solat diperbaiki. Jangan beribadah sekadar melepaskan batuk di tangga..!!!

Bersambung...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

HAFAZ AL QURAN

Hafalan al-Quran yang terbaik bukanlah dengan dapat menghabiskan 30 juzuk dalam masa singkat. 

Kenapa saya kata begitu..?

Kerana dicatat dalam kitab al-Muwatta' Imam Malik, Abdullah bin Umar menghabiskan masa 8 tahun hafal Surah al-Baqarah sahaja. Saya berpendapat, teknik Ibnu Umar ini adalah teknik terbaik dalam menghafal al-Quran. Bagaimanakah tekniknya..? 

Diriwayatkan bahawa Uthman b. 'Affan, Abdullah b. Mas'ud dan yang lainnya, para sahabat apabila hafal 10 ayat dari al-Quran, tidak akan beralih kepada ayat yang seterusnya sebelum mereka pelajari, faham akan maknanya dan kemudian beramal dengannya. Bukankah terbaik teknik ini? Al-Quran bukan utk dihafal semata-mata tetapi ditadabbur dan diamalkan dalam kehidupan..

Ada yg kata:"Dah tua-tua ni, otak dah berkarat, susah nak hafal al-Quran..". Saya katakan, "Para sahabat juga terdiri dari kalangan orang-orang tua, tapi mereka mampu habiskan 30 juz. Mengapa tidak kita? Mereka manusia, kita juga manusia.."

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

BILA DAH SAMPAI SERU

“Saya akan berubah, bila dah sampai seru.”

S.E.R.U.

Satu kata yang agak sinonim diperkatakan. Ada yang menggunakan perkataan ini untuk berbicara tentang jodoh. Tapi fokus saya di sini bila kata S.E.R.U digunakan untuk penghijrahan. Ayat mudah- untuk berubah menjadi lebih baik, kita menanti-nanti “seru” tiba.

Lama saya terfikir-fikir, dan akhirnya saya tersenyum sendiri. Sebab saya sendiri pun tertanya-tanya, apa itu definasi seru?

Adakah S.E.R.U. adalah satu objek? Atau adakah S.E.R.U. adalah sebuah kejadian? Atau adakah S.E.R.U. adalah merupakan seseorang?

Bagi yang pernah menyebut atau terfikir tentang ayat pertama di atas, mungkin anda patut bertanya kembali pada diri sendiri, sebenarnya S.E.R.U. apa yang kita sedang menanti-nantikan kedatangannya sebelum berubah? Satu petanda atau petunjuk untuk berubah? Ataupun kata S.E.R.U. itu sebenarnya adalah ALASAN yang kita ciptakan untuk MENANGGUH-NANGGUH perubahan.

Ramai manusia suka berimaginasi. Saya sendiri pun pernah berimaginasi. Saya masih ingat episod-episod awal dalam mengorak langkah di jalan tarbiyyah, dalam fasa ingin berubah ke arah yang lebih baik berbanding kehidupan yang dulu, saya selalu melihat ke luar tingkap bilik solat di Adelaide satu ketika dulu. Kadang kala saya akan duduk di situ selepas selesai solat Subuh. Menanti-nanti sesuatu yang tak pasti.

Dan pada fasa awal tersebut, saya pernah menanti-nantikan “keajaiban” daripada Allah. Satu “petanda” yang Allah akan berikan kepada saya untuk menunjukkan kepada saya bahawa memang patut saya berubah. Dan sekaranglah waktu yang tepat untuk berubah.

Saya menanti-nanti kalau-kalau Allah perintahkan pada burung-burung untuk muncul di tingkap cermin tersebut dan berbicara pada saya (huhu.. burung kakak tua mungkin boleh), atau paling kurang pokok di belakang rumah terbelah dua, atau “tahi bintang” jatuh (hehe.. janganlah, hancur ranap rumah saya nanti) atau apa-apa aje, asalkan satu petanda. Saya tak mintak banyak. Cuma satu!

(Paling kurang macam dalam video Mat Lutfi, orang jubah putih turun dari pagar. Erk.. tapi saya tak mau beli karpet! =p)

Dan, adakah saya dapat “keajaiban” tersebut???

Jawapannya, mestilah TIDAK! Ahaks!

Adakah saya hampa? Err.. Sikit la. “keajaiban” sekadar sebuah imaginasi. Ye la. Saya bukannya hidup di alam dunia Barbie yang penuh fantasi, kan?

Tapi, makin lama menanti, makin saya sedar dan faham. Sebenarnya selama penantian saya, “keajaiban” itu muncul pada setiap hari. Cuma saya tak sedar, sebab tak cukup memerhati dan menghayati.

Setiap pagi, sinar “keajaiban” itu sentiasa hadir, tapi saya tak sedar. Tak memerhati dengan sebenar-benarnya. Tak memerhatikan bahawa fajar yang muncul pada setiap hari itu adalah petunjuk Allah pada saya bahawa S.E.R.U. yang saya nantikan adalah dengan memerhati alam, keindahan alam yang akan membawa saya untuk memerhati kekuasaanNya, kekuasaan yang akan membantu saya menyedari kasih sayangNya, dan kasih sayang yang akan menguatkan saya untuk berubah supaya makin dekat denganNya. Subhanallah walhamdulillah!

Dan setelah saya sedar S.E.R.U. itu di mana, adakah saya terus berubah 360 darjah? Terus transform macam Sailormoon? Mestilah tidak! Saya bukan di alam anime! =)

Berubah perlukan masa, tapi jangan jadikan masa sebagai alasan untuk menunda perubahan.

Bila S.E.R.U. yang kita tunggu dah tiba, teruslah mulakan langkah pertama untuk berubah. Langkah pertama yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk mencari kekuatan. Jika langkah pertama pun kita tak mulakan, sampai bila pun kekuatan takkan datang.

S.E.R.U. atau kata mudahnya HIDAYAH itu sentiasa hadir dan muncul di sekeliling kita. Cuma terpulang pada kita untuk sedar dan ambil peduli.

Bentuk S.E.R.U. itu banyak.

Antaranya:

- “Aku ni bukannya baik sangat. Dia (si fulan) lagi baik dari aku.” : Satu bentuk S.E.R.U. yang banyak di monolog kan. Tanpa sedar kita sedang muhasabah, menilai diri sendiri. Dan sedar kekurangan diri. “Aku belum cukup baik.” Kita adalah hakim terbaik pada diri sendiri selepas Allah. Itulah S.E.R.U. yang seringkali kita tak ambil kisah.

- Bukak facebook, terbaca status-status sahabat, artikel-artikel tentang sesuatu yang mengetuk hati, yang menginsafkan diri. Adakah satu kebetulan untuk kita terbacakan semua itu? Percayalah, hidup ni tiada istilah kebetulan. Mata itu milik Allah, yang akan menunjukkan kita jalan kebaikan. Step seterusnya bergantung pada diri sendiri. Baca, insaf, lepas tu lupakan? Atau baca, insaf, dan aku perlu mulakan sekarang.

- Al-Quran. Hadiah peninggalan Rasulullah. Jangan sekadar baca semata-mata. Carilah sebuah Al-Quran bersama terjemahan. Paling kurang bacalah semuka satu hari dan lihat terjemahan. Saya berani untuk katakan, S.E.R.U. melimpah ruah. Yang tinggal cuma kita mahu atau tidak.




- Nasyid. Anda peminat lagu? Sama lah dengan saya. =) Tapi, jika kita selalu mendengar lagu-lagu yang sekadar membuatkan kita hanyut (pastikan anda pandai berenang, takut lemas di lautan. Heh!), putus cinta, putus asa, putus harapan, mungkin buat pertama kalinya kita bagi peluang kepada telinga kita untuk berehat sebentar daripada lagu putus-putus kepada lagu yang mampu menyambung kembali harapan. Ada orang kata lagu nasyid ni bosan (yeke? Orang yang cakap ni sebab dia tak pandai cari dan pilih nasyid yang tepat dengan jiwa dia). Kalau anda dalam kategori peminat lagu, mesej la saya. Saya akan tolong cadangkan lagu terbaik untuk diri anda sesuai dengan karakter masing-masing. Biidznillah!

- Memerhati alam dan orang-orang sekeliling. Yang ni saya tak nak ulas panjang. Kerana perasaan tersebut hanya akan dirasai oleh orang-orang yang memerhati.

Ini adalah beberapa bentuk S.E.R.U. yang mampu saya kongsikan. Kerana saya pun pernah cuba dan rasai sendiri.

Usahlah banyak beralasan untuk berubah ke arah kebaikan. Jangan menipu naluri hati sendiri. Fitrah manusia sukakan kebaikan. Dan setiap manusia, jauh di sudut hati suka melihat kebaikan, suka melihat orang-orang yang baik, suka untuk berbuat baik.

Janganlah menunggu-nunggu S.E.R.U. untuk tiba sedangkan S.E.R.U. dah lama berada di tempat yang sepatutnya. S.E.R.U. tak ke mana. Cuma yang tinggal adalah kita yang perlu mencari.

S.E.R.U. atau lebih tepatnya, HIDAYAH itu sudah lama tersedia, tapi kita perlu gerakkan kaki untuk melangkah terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab Allah nak didik diri kita untuk BERUSAHA ke arah kebaikan, supaya nanti kita punya KEKUATAN untuk TERUS ISTIQAMAH dalam berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Sekarang sudah ramai yang berubah. Para artis dan jugak sahabat-sahabat kita sendiri. Mungkin sesetengah daripada mereka mendapat S.E.R.U. yang agak tragik. Terlibat dalam kemalangan sebagai contoh. Takkan kita pun nak tunggu accident baru nak berubah?

Orang lain dah mula mengorak langkah. Kita yang masih tertinggal di belakang.

“Saya nak berubah..” dan langkah pertama mulakan lah dari sekarang. Kalau rasa diri masih belum punya kekuatan, kalau saya katakan “saya ingin hulurkan tangan untuk membantu”, adakah anda nak menunda lagi?

Usahlah terlalu banyak beralasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

Moga di akhirat nanti kita bukan tergolong dalam kelompok yang diazab kerana berpaling ketika ada manusia lain mengajak ke arah kebaikan.

Wallahu a’lam.




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

TAUBAT

Dugaan itu adalah cubitan sayang dari Allah untuk kita agar kembali pada-Nya dan hanya bergantung harap kepada-Nya..



Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu


Wahai Tuhan aku lemah
Hilang terumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku


Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau 
Sang Maha Pengampun dosa


Ya Robbi, ijinkanlah 
Aku kembali padamu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hamba-Mu


Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau 
Sang Maha Pengampun dosa


Berikanlah aku
Kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali..


Dan meski aku tak layak
Sujud pada-Mu
Dan sungguh tak layak
Aku...


Berita baik buat hati yang gelisah. Orang kata bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayah nak datang kepada kita. Hidayah ini bila nak bertakhta dalam hati, tidak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, maka pada waktu itu hidayah terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kita jadi gelisah.

Ambillah kesempatan ini untuk memenangi peperangan tersebut supaya hati anda tenang kembali. Bagaimana caranya..? Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.



Kita orang Islam bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayah dalam diri. Dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini. Lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang. Tumpukan perhatian kepada Allah. InsyaAllah akhirnya hati kita akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya. 

Selamat merebut hidayah Allah..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...